top of page

KETERANGAN HARGA PAKEJ

PERUBAHAN HARGA PAKEJ MENGIKUT PERTUKARAN MATAWANG ASING

Harga semua pakej di dalam web ini adalah mengikut nilai matawang MYR semasa. Oleh kerana kadar nilai matawang MYR berubah berbanding US Dollar (USD) dan Saudi Riyal (SAR) atau lain-lain matawang berkaitan, harga pakej PMTT boleh berubah mengikut kadar nilaian MYR semasa berbanding nilaian matawang asing tersebut. PMTT berhak mengubah mana-mana harga pakej setelah memberi notis tidak kurang dari 7 hari sebelum tarikh penerbangan.

 

HARGA PAKEJ TERMASUK:

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi.

  • Cukai lapangan terbang dan surcaj bahan api.

  • Menguruskan permohonan Visa Umrah bagi warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap tertakluk kepada kelulusan Kerajaan Arab Saudi tetapi tidak termasuk proses mengendors dokumentasi permohonan di jabatan pendaftaran dokumen dan Kementerian Luar Wisma Putra.

  • Penginapan, makan dan minum seperti yang akan dinyatakan di dalam surat pengesahan aturcara terakhir.

  • Segala lawatan di dalam surat pengesahan aturcara (kecuali Ziarah Pilihan)

  • Umrah 3 kali bersama mutawwif.

  • Beg pakaian besar & kecil, beg sandang, beg hamper & buku panduan umrah (TIDAK BOLEH DIKEMBALIKAN)

  • Pelan takaful bagi kematian dan kemalangan berkelompok (Rujuk Perlindungan Takaful/Insurans)

  • Tertakluk kepada pihak berkuasa Arab Saudi, setiap jemaah (kecuali bayi) akan menerima 5 liter air zam-zam secara percuma. Walaubagaimanapun PMTT tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk mengganti sekiranya berlaku kehilangan atau  kerosakan air zam-zam di atas apa-apa alasan sepanjang perjalanan dari Tanah Suci ke Malaysia. 

PAKEJ INI TIDAK TERMASUK

  • Perkhidmatan tambahan di lapangan terbang (porter) dan di hotel.

  • Penggantian bagasi/barangan peribadi yang hilang dimana-mana lokasi sepanjang perjalanan
    (Notis: Jemaah perlu menjaga beg masing-masing semasa di dalam perjalanan)

  • Bayaran lebihan timbangan bagasi.

  • Sebarang perubahan kadar matawang asing dan kenaikan harga tiket penerbangan, cukai lapangan terbang dan/atau surcaj bahan api.

  • Tambahan caj visa bagi jemaah bukan warganegara Malaysia.

  • Makan minum semasa transit melainkan dinyatakan

  • Bagi Pakej Umrah Ziarah Amman, tidak termasuk caj transit visa Amman (tertakluk kepada arahan pihak berkuasa Jordan)

  • Bayaran visa tambahan SR2000.00 sekiranya dikenakan oleh Kerajaan Arab Saudi.

PERLINDUNGAN TAKAFUL/INSURANS

PELINDUNGAN PELAN TAKAFUL BERKELOMPOK

Bagi jemaah yang berumur 18 - 65 tahun pada hari penerbangan

  • Khairat kematian RM 10000

  • Kehilangan kekal menyeluruh (TPD) RM 10000

  • Manfaat wad hospital RM 50 sehari

Bagi jemaah yang berumur 66- 74 tahun pada hari penerbangan

  • Khairat kematian RM 10000

Tertakluk kepada kelulusan tawaran dan syarat-syarat Takaful Ikhlas. Perlindungan adalah terhad kepada maksima 40 hari dari tarikh penerbangan.
Notis: Pelan takaful ini tidak melindungi jemaah daripada sakit, kehilangan wang, pembatalan atau kelewatan penerbangan atau kehilangan bagasi sepanjang perjalanan. Rujuk insurans perjalanan tambahan di bawah untuk mendapat perlindungan tambahan.

INSURANS PERJALANAN TAMBAHAN


(Tidak termasuk di dalam semua pakej PMTT)
Semua anggota pelancongan digalakkan untuk membeli insurans perjalanan tambahan untuk mendapatkan perlindungan seperti yang dinyatakan di dalam Jadual Keempat Akta Industri Pelancongan 1992.

Individu - Premium Dari RM 112.00

Keluarga - Premium Dari RM 280.00

  1. Semua warganegara Malaysia, Pemastautin Tetap, Pemegang Pas Kerja / Permit Kerja dan Tanggungan layak untuk memohon polisi ini.

  2. Untuk pelan Individu, pemohon mestilah berusia di antara 18 hingga 79 tahun. Manakala untuk pelan keluarga, anak-anak mestilah berusia di antara 30 hari hingga 18 tahun (pada hari penerbangan) atau sehingga 23 tahun (pada hari penerbangan) jika di belajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi yang diiktiraf.

  3. Tempoh perlindungan maksimum ialah 190 hari.

Di antara manfaat yang ditawarkan oleh insurans perjalanan individu AXA:

  1. Kemalangan diri

  2. Perubatan

  3. Elaun Hospital

  4. Kelewatan bagasi

  5. Kehilangan bagasi

  6. Kelewatan perjalanan

*Manfaat di atas adalah tertakluk kepada had perbelanjaan untuk perubatan, hospital dan lain-lain untuk setiap polisi dipilih.

PERMOHONAN VISA UMRAH DAN ZIARAH

Para jemaah perlu menyediakan:

Dokumen 1, 2, 3 & dokumen tambahan mengikut keperluan

  1. Passport Antarabangsa yang masih sah selama 6 bulan dari tarikh berangkat dengan 6 mukasurat kosong.

  2. Gambar untuk Visa Umrah 4 keping bersaiz 4 x 6cm. berlatarbelakang putih dan saiz muka 80% (Lelaki:Tidak bersongkok /  Wanita: Bertudung)

  3. Buku/Surat suntikan meningitis ACYW135.

Dokumen Tambahan sila rujuk jadual contoh mahram di bawah.

 

Nota:

  • Kesemua dokumen ini perlu diserahkan ke pejabat PMTT 45 hari sebelum hari penerbangan. (Bagi pakej bulan Ramadhan 45 hari sebelum 1 Ramadhan)

  • Pastikan salinan Sijil Nikah telah disahkan oleh: 
    1) Pejabat Agama (Bahagian Undang-undang Keluarga/Nikah, Cerai dan Rujuk/Bahagian undang-undang Syariah) dan 
    2) Wisma Putra (Kementerian Luar Malaysia)

Contoh mahram yang dibenarkan dan dokumen yang diperlukan:

Lain-lain kes sila rujuk kepada pegawai PMTT.
*Maklumat di atas mungkin berubah bila-bila masa mengikut keperluan Kedutaan Arab Saudi.

*Download Letter of Consent di sini.
*Pesuruhjaya Sumpah yang Muslim sahaja

NOTA

  • Sebarang perubahan dokumen mahram tertakluk kepada pihak Kedutaan Arab Saudi

  • Surat Izin (Letter of Consent) dalam bahasa Inggeris

  • Pengesahan dari JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) boleh di buat di mana-mana cawangan.

  • Pengesahan dari Pejabat Agama Islam boleh di buat di mana-mana pejabat agama bahagian Nikah, Rujuk, Cerai sahaja.

 

Pengesahan dokumen dari Kementian Luar Negeri (Wisma Putra) boleh di buat di:

Kementerian Luar Negeri Malaysia
(Bahagian Konsular)
Kompleks Wisma Putra
No 1, Jalan Wisma Putra,
Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62602 Putrajaya

Sabah Regional Office
Ministry of Foreign Affairs,
Block A, 7th Floor,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah,
Jalan UMS,
88400 Kota Kinabalu

Sarawak Regional Office
Ministry of Foreign Affairs Malaysia,
Level 14, Bangunan Sultan Iskandar, 
Jalan Simpang Tiga,
93300 Kuching

Lain-lain syarat (terkini) :

1. Wanita dibawah 46 tahun dan lelaki dibawah 18 tahun WAJIB pergi bersama mahram lelaki berumur 19 tahun ke atas.

2. Jemaah lelaki /perempuan bawah 18 tahun, Ibu dan bapa mesti pergi.

3. Jemaah wanita berumur 45 tahun tidak boleh mohon visa WOMEN GROUP. Women Group hanya boleh untuk Jemaah berumur 46 tahun ke atas.

4. Peraturan 6 bulan sekali untuk umrah di kuatkuasakan mulai 21 Januari 2015.

5. Consent letter - Hanya boleh diberi oleh sebelah bapa  kandung sahaja. (bapa kandung, datuk sebelah bapa kandung, adik lelaki kandung dan bapa saudara sebelah bapa kandung)

 

* Jemaah yang pergi bersama adik beradik lelaki/datuk / bapa saudara / bapa tiri:

  • Sila download borang Letter of Consent untuk diisi.

  • Letter of Concent dari bapa kandung/suami untuk tumpang mahram bersama adik beradik lelaki /Datuk / Bapa Saudara / Bapa Tiri diminta penjaga tandatangan sendiri di depan Pesuruhjaya Sumpah (Muslim sahaja) berdekatan. 

  • Sertakan salinan kad pengenalan penjaga.

Dokumen yang diperlukan untuk permohonan Visa Baitulmaqdis:-

  • Passport Original (7 bulan dari tarikh balik penerbangan) dan salinan kad pengenalan (Depan & Belakang) 75 hari sebelum tarikh penerbangan.

  • Maklumat nama ibu, bapa dan datuk (sebelah bapa) diisi di lampiran Borang Pendaftaran Baitulmaqdis.

  • Maklumat negara-negara yang pernah dilawati dalam tempoh 2 tahun.

  • 2 keping gambar berukuran passport berlatar belakang warna biru ukuran 3cm x 5cm.

  • Borang dari Jabatan Imigresen Malaysia yang telah diisi dan ditandatangani. 

Download Borang Untuk Permohonan Visa Baitulmaqdis, isikan dan tandatangan:

Anchor 1
Anchor 2
Anchor 3

© 2023 by PEN Mutiara Travel & Tours Sdn Bhd. Proudly created with Wix.com

  • White Facebook Icon

Sales Office | Wisma Nelayan, Pelabuhan LKIM, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang | 019-4745917/5918

bottom of page